Dalam dunia ini siapa sahaja yang tidak mahu di cintai dan mencintai bukan..
semua orang ada keinginan untuk merasa mencintai seseorang dan di cintai seseorang..
Tetapi kehidupan setiap manusia dekat dunia ini tidak sama dan masing-masing mempunyai cerita dan kehidupan sendiri...
yang kacak semestinya hendak di gandingkan dengan yang cantik...
yang kurus semestinya hendak di gandingkan dengan yang kurus..
yang sempurna semestinya hendak di gandingkan dengan yang sempurna...
yang putih semestinya hendak di gandingkan dengan yang putih...
Tetapi bagaimanakah dengan yang kurang sempurna? kurang kacak? kurang cantik? berbadan besar? berkulit gelap?
Adakah mereka tidak boleh memiliki seseorang yang seperti mereka idamkan?
memang betul cinta tak boleh di paksa.. tetapi cinta boleh di bentuk.. bak kata orang-orang tua "tak kenal maka tak cinta"
mungkin setiap orang ada citarasa mereka sendiri..
ada yang tak kisah dengan paras rupa sebab mereka lebih memilih hati..
tetapi ada yang mementingkan paras rupa mungkin mereka mempunyai sebab tersendiri.. wallahualam..
dekat dalam dunia ini tak ada satu manusia pun yang sempurna..
tak ada seorang pun terlepas daripada mempunyai kekurangan..
dalam diri setiap manusia pasti akan memiliki kekurangan dan kelebihan..
mungkin ada yang memiliki badan kurus wajah cantik kacak tetapi mungkin dia mempunyai kekurangan yang lain..
mungkin juga ada yang memiliki rupa paras yang kurang sempurna badan yang agak comel tetapi mungkin dia mempunyai kelebihan yang tidak ada pada si kurus si cantik dan si kacak..
kita hidup saling memerlukan..
sebab itu bila berpasangan yang mempunyai kelebihan boleh menutup kelemahan pasangannya dan sebaliknya..
kenapa perlu menjadi racist?
salah ke kalau seseorang mempunyai rupa paras yang agak kurang sempurna?
salah ke kalau seseorang mempunyai bentuk badan yang agak besar?
bukan nak cakap yang si kurus si kacak dan si canti itu yang patut di salahkan..
tetapi terdapat sebahagian dari mereka yang mungkin kurang senang dengan kehadiran mereka yang kurang sempurna di dalam kalangan mereka...
ada juga yang mungkin pada mulanya "ya saya boleh terima awak dalam apa keadaaan sekali pun"..
tetapi lama kelamaan, "tak pe lah awak tinggalkan saya je. saya pun tak tahu kenapa saya boleh jadi lain"
HEY YOU!!!
kau ingat kau sempurna sangat ke ha...
(minta maaf ter'emo')
sebenarnya saya pun tak la sesempurna mana.. memang kadang-kadang teringin nak merasa di lindungi dan di terima seadanya..
but..
life is not easy babe...
dalam dunia sekarang, semua orang nak yang sempurna..
nak yang instant..
macam title yang dekat atas tu lah kan.. SERIK ATAU MEMANG TAKNAK..
sebenarnya serik dan memang taknak..
nak tahu kenapa????
sebab pengalaman mengajar kita segala-galanya...
kenangan manis di jadikan memori tetapi kenangan pahit dijadikan tauladan...
serik untuk terima penghuni baru dalam hati..
serik untuk terima janji-janji baru...
serik untuk dengar "ya saya boleh jaga awak. saya boleh support awak untuk awak berubah. saya boleh bantu awak untuk menjadi seorang yang berbadan kurus. saya boelh terima flaws awak. saya boleh bla bla bla bla"
macam-macam saya boleh yang ada..
sebenarnya memang teringin nak ada penghuni baru tapi bila tiba-tiba macam ada flashback..
cepat-cepat cakap pada diri sendiri "hidayah, kau nak ke jadi macam sebelum ni. di tabur dengan segala mcm janji yang diorang boleh terima kau. tetapi pada akhurnya diorang tak boleh terima kau hanya pada satu sebab kau tak ada badan macam model. lupakan aje la hidayah. mungkin belum tiba masanya untuk kau di jumpakan dengan orang yang betul-betul boleh accept kau dengan seadanya luar dan dalam"
saya cuma seorang manusia biasa yang tidak lepas daripada melakukan kesilapan dan dari kesilapan tu lah saya cuba belajar untuk tidak mengulangi nya.
saya juga seorang manusia biasa yang tidak sempurna. saya bersyukur sebab parents saya telah selamat melahirkan saya dengan sempurna walaupun hidung saya pesek bulat, badan saya bulat kembang, mata sepet tapi saya bersyukur..
saya tahu tak ada orang yang akan boleh terima saya seperti family saya terima saya..
NUR HIDAYAH BINTI RUSLAN adalah tetap NUR HDAYAH BINTI RUSLAN..
walau seburuk mana pun saya, segemuk mana pun saya, kalau saya cantik masa muda, tapi bila tua nanti tetap akan berkedut jugak dan menggeleber jugak..
saya cuba untuk berubah untuk dapatkan keyakinan diri supaya saya dapat adapt dengan keadaan sekeliling...
saya berubah untuk kesihatan saya dan untuk emak dan ayah saya..
but i am proud because i have a big body..
dengan berbadan besar ni lah tak ada orang yang berani nak kacau..
dengan berbadan besar ni lah tak ada orang nak cemburu..
dengan berbadan besar ni lah saya boleh jadi anak yang serba boleh untuk emak dan ayah saya..
saya tak perlukan orang yang macam awak2 sekalian dalam hidup saya..
because i already have an awesome family and friends..
minta maaf kalau terluah perasaan dekat sini..
minta maaf kalau apa yang saya cakap tu salah..
tapi tu semua adalah kenyataan dan fakta..
sekian terima kasih..
sincerely,
Anon Hidayah.