23 April 2014

Assalamualaikum..

hye semua...

malam ni ada re-test skill based exam tapi sempat lagi nak menulis blog...
blog ni dah jadi macam tempat kita luahkan perasaan..
bila sedih, down, kecewa, tak puas hati, puttus asa semuanya ada dalam blog ni...
tapi tak lupa juga sebaik baik tempat mengadu adalah pada Pencipta kita..

memang akan ada yang pelik..
kenapa nak luahkan dekat blog..
kenapa tak cuba cerita dekat seseorang..

sebenarnya bukan senang untuk cerita masalah kita dekat orang lain...
kita kena consider jugak pasal orang lain ye dak..
hehe..

jadi salah satu jalan penyelesaiannya adalah menulis dekat blog..
bila dapat menaip luahkan apa yang terbuku dekat hati ni memang akan rasa lega..
dah pernah cuba untuk simpan je..
tapi tak boleh..
pernah jugak nak cuba share dengan mak kita pun tak boleh..
sebab kita taknak mak kita tahu yang anak dia ni tengah sedih..
tapi rasanya emak kita memang dah dapat agak apa yang ada dalam hati kita...

semua orang ada masalah kan..
tak ada manusia yang tak ada masalah..
cuma yang membezakan dia cuma masalah besar atau kecil..
tu je..

bukan senang nak mengukir senyuman dekat bibir bila tengah di landa badai..
cewah.. hehe..
tapi mencuba juga kuat kan diri untuk senyum...
walaupun kadang-kadang memang tak boleh nak senyum langsung...
yang tu memang betul-betul parah la...
hehe..

kalau diikutkan, sebenarnya banyak benda yang bermain dalam fikiran dengan hati..
even kadang-kadang cerita dengan emak..
tapi ada yang sesetengah tu tak dapat nak cerita..
cuma Allah je yang tahu apa yang kita tengah fikirkan dan apa yang dalam hati kita..

sekarang tengah belajar untuk menjadi seorang yang sempoi yang tak kisah..
cuba iuntuk menjadai kuat dan senang memaafkan orang lain..
ya kita mencuba..
cuba untuk menjadi seorang yang berfikiran positif..
tak salah kan kalau kita cuba sikit-sikit..
lama-lama nanti mesti dah biasa..

kalau nak tahu kita ni sebenarnya jenis yang agak perahsia..
agaknya la kot. hehe

oklah nak sambung study balik..

sekian terima kasih..

sincerely,
Anon Hidayah

15 April 2014

SERIK ATAU MEMANG TAKNAK

Dalam dunia ini siapa sahaja yang tidak mahu di cintai dan mencintai bukan..
semua orang ada keinginan untuk merasa mencintai seseorang dan di cintai seseorang..

Tetapi kehidupan setiap manusia dekat dunia ini tidak sama dan masing-masing mempunyai cerita dan kehidupan sendiri...

yang kacak semestinya hendak di gandingkan dengan yang cantik...
yang kurus semestinya hendak di gandingkan dengan yang kurus..
yang sempurna semestinya hendak di gandingkan dengan yang sempurna...
yang putih semestinya hendak di gandingkan dengan yang putih...

Tetapi bagaimanakah dengan yang kurang sempurna? kurang kacak? kurang cantik? berbadan besar? berkulit gelap?

Adakah mereka tidak boleh memiliki seseorang yang seperti mereka idamkan?

memang betul cinta tak boleh di paksa.. tetapi cinta boleh di bentuk.. bak kata orang-orang tua "tak kenal maka tak cinta"

mungkin setiap orang ada citarasa mereka sendiri..
ada yang tak kisah dengan paras rupa sebab mereka lebih memilih hati..
tetapi ada yang mementingkan paras rupa mungkin mereka mempunyai sebab tersendiri.. wallahualam..

dekat dalam dunia ini tak ada satu manusia pun yang sempurna..
tak ada seorang pun terlepas daripada mempunyai kekurangan..
dalam diri setiap manusia pasti akan memiliki kekurangan dan kelebihan..

mungkin ada yang memiliki badan kurus wajah cantik kacak tetapi mungkin dia mempunyai kekurangan yang lain..
mungkin juga ada yang memiliki rupa paras yang kurang sempurna badan yang agak comel tetapi mungkin dia mempunyai kelebihan yang tidak ada pada si kurus si cantik dan si kacak..

kita hidup saling memerlukan..
sebab itu bila berpasangan yang mempunyai kelebihan boleh menutup kelemahan pasangannya dan sebaliknya..

kenapa perlu menjadi racist?
salah ke kalau seseorang mempunyai rupa paras yang agak kurang sempurna?
salah ke kalau seseorang mempunyai bentuk badan yang agak besar?

bukan nak cakap yang si kurus si kacak dan si canti itu yang patut di salahkan..
tetapi terdapat sebahagian dari mereka yang mungkin kurang senang dengan kehadiran mereka yang kurang sempurna di dalam kalangan mereka...

ada juga yang mungkin pada mulanya "ya saya boleh terima awak dalam apa keadaaan sekali pun"..
tetapi lama kelamaan, "tak pe lah awak tinggalkan saya je. saya pun tak tahu kenapa saya boleh jadi lain"

HEY YOU!!!
kau ingat kau sempurna sangat ke ha...
(minta maaf ter'emo')

sebenarnya saya pun tak la sesempurna mana.. memang kadang-kadang teringin nak merasa di lindungi dan di terima seadanya..
but..
life is not easy babe...
dalam dunia sekarang, semua orang nak yang sempurna..
nak yang instant..

macam title yang dekat atas tu lah kan.. SERIK ATAU MEMANG TAKNAK..
sebenarnya serik dan memang taknak..

nak tahu kenapa????
sebab pengalaman mengajar kita segala-galanya...
kenangan manis di jadikan memori tetapi kenangan pahit dijadikan tauladan...

serik untuk terima penghuni baru dalam hati..
serik untuk terima janji-janji baru...
serik untuk dengar "ya saya boleh jaga awak. saya boleh support awak untuk awak berubah. saya boleh bantu awak untuk menjadi seorang yang berbadan kurus. saya boelh terima flaws awak. saya boleh bla bla bla bla"
macam-macam saya boleh yang ada..

sebenarnya memang teringin nak ada penghuni baru tapi bila tiba-tiba macam ada flashback..
cepat-cepat cakap pada diri sendiri "hidayah, kau nak ke jadi macam sebelum ni. di tabur dengan segala mcm janji yang diorang boleh terima kau. tetapi pada akhurnya diorang tak boleh terima kau hanya pada satu sebab kau tak ada badan macam model. lupakan aje la hidayah. mungkin belum tiba masanya untuk kau  di jumpakan dengan orang yang betul-betul boleh accept kau dengan seadanya luar dan dalam"

saya cuma seorang manusia biasa yang tidak lepas daripada melakukan kesilapan dan dari kesilapan tu lah saya cuba belajar untuk tidak mengulangi nya.
saya juga seorang manusia biasa yang tidak sempurna. saya bersyukur sebab parents saya telah selamat melahirkan saya dengan sempurna walaupun hidung saya pesek bulat, badan saya bulat kembang, mata sepet tapi saya bersyukur..
saya tahu tak ada orang yang akan boleh terima saya seperti family saya terima saya..

NUR HIDAYAH BINTI RUSLAN adalah tetap NUR HDAYAH BINTI RUSLAN..

walau seburuk mana pun saya, segemuk mana pun saya, kalau saya cantik masa muda, tapi bila tua nanti tetap akan berkedut jugak dan menggeleber jugak..

saya cuba untuk berubah untuk dapatkan keyakinan diri supaya saya dapat adapt dengan keadaan sekeliling...
saya berubah untuk kesihatan saya dan untuk emak dan ayah saya..

but i am proud because i have a big body..
dengan berbadan besar ni lah tak ada orang yang berani nak kacau..
dengan berbadan besar ni lah tak ada orang nak cemburu..
dengan berbadan besar ni lah saya boleh jadi anak yang serba boleh untuk emak dan ayah saya..

saya tak perlukan orang yang macam awak2 sekalian dalam hidup saya..
because i already have an awesome family and friends..

minta maaf kalau terluah perasaan dekat sini..
minta maaf kalau apa yang saya cakap tu salah..

tapi tu semua adalah kenyataan dan fakta..

sekian terima kasih..

sincerely,
Anon Hidayah.

7 April 2014

kawan masa gembira senang di cari tapi.... kawan masa susah? ada ke?

bercakap pasal kawan,
 kita memang akan ada ramai kawan contohnya macam kawan masa kecil,
kawan masa tadika,
kawan masa sekolah rendah, kawan sepermainan, macam-macam jenis kawan lagilah.
tapi pernah tak korang terfikir kawan masa kita susah?
 masa kita sedih?
masa kita perlukan untuk luahkan something ke mengadu ke?
ada tak?
kalau ada mungkin masa itu korang akan terfikirkan siapa agaknya di antara kawan-kawan korang yang akan ada masa korang tengah berada dalam waktu-waktu yang getir (err betul ke ejaan tu).
pada aku, memang tak silap memang aku ramai kawan tapi bila di kira balik kawan yang akan ada masa aku susah boleh di kira dengan jari.
bukan nak cakap kawan-kawan yang lain tu jahat atau sebaliknya. diorang tu baik jugak cuma maybe diorang tak rapat kot.
tapi seriously memang buat masa sekarang ni bila umur dah meningkat (maksudnya dah masuk area 20-an ya) kita akan dapat menilai mana kawan yang betul-betul ikhlas sudi untuk berkawan dengan kita.
ya memang betul. sebab aku dah banyak kali perhatikan. ada yang sesetengah tu berkawan sebab pandai. ada yang sesetengah tu sebab baik. ada yang sesetengah tu pulak sebab senang nak deal. tapi sebenarnya tak kisah pun. sebab yang penting diorang tak cuba ambil kesempatan.
cuma yang terkilannya ada yang sesetengah tu cuma datang dekat kita bila dia susah je.
tapi bila dia senang dia hilang macam tu. kadang-kadang rasa sedih juga. sebab dapat kawan yang macam tu. yela bila fikir balik maybe dia buat kita ni macam persinggahan kan. maybe la. tapi kita cuba untuk berfikir positif. yela ada orang tu ada yang dah ada BF dan ada yang ada GF.
kita ni yang single mingle terpaksalah membawa diri mengenang nasib. (sedih la sangatkan. haha)
cuma apa yang nak di tekankan dekat sini walau dengan siapa pun kita berkawan cubalah terima kawan kita tu seadanya sama dan serupa macamana kita nak terima pasangan kita (ceh berlagak macam kita ni ada pasangan je kan). sebab tak semua orang sempurna kan. masing-masing ada flaws dia sendiri.
akhir kata cubalah jadi seorang kawan yang sebaik mungkin tak kira lelaki ataupun perempuan. tak rugi pun kalau kita buat baik dan jaga hati kawan kita kan. bila bercakap tu cuba kalis-kalis jangan main cakap je. hehe. INGAT LIDAH ITU LEBIH TAJAM DARI MATA PEDANG YA KAWAN-KAWAN.

Sekian Terima Kasih.

Sincerely,
Anon Hidayah.

*agak kalau salah minta maaf ya sebab ni di atas pengalaman sendiri. kita pun still belajar untuk mengenal dunia. hehe

Be A New Person.

Assalamualaikum. hye.. sebenarnya dah agak lama tak buka blog. ni pun kita baru saja buka balik. yang post-post lama semua dah delete due to some reason. actually i open back this blog because i want to share about my feeling, life and peoples around me. i need a place where i can write and express what i feel and i think this is the best place that can help me to share with you people. Due to some circumstances, the old nur hidayah is gone and this is maybe the new one. i hope so.

in my old life i am trying to be a nice girl and good girl but sometimes peoples do not appreciate it. then now everyone has to accept me as new nur hidayah.

in my life there are four peoples that can accept as who i am not like others. they are my daddy, mummy and two of my little brothers. maybe sometimes we cannot expect what others will think about us. if i am wrong i am sorry, please feel free to get me right.

actually in my life i had met so many people from everywhere with different type of attitude, face, character, way and etc. from that experience i can make my life better than before. why? because sometimes experience can teach you how the real life is. i may not be perfect but i am trying to be the best for my family even if the others can't accept me it was okay i can understand it because i had make a decision which is i will not look back and i let it go.

BE THE ONE THAT YOU WANT BUT NOT THE OTHERS WANT.

SINCERELY,
Anon Hidayah.