14 December 2014

kawan lelaki vs. kawan perempuan

Assalamualaikum..


hye korang..
korang sihat??
aku baru baik dari sakit..
3 hari kot mc..
sedih tau...
huhu..

oklah nak cerita pasal kawan ni...
pada korang, korang suka kawan yang mcmane??
kawan yang rapat? kawan yang kurang rapat?
kawan lelaki? kawan perempuan?

kalau pada aku, aku lebih suka kawan yang biasa-biasa sebab kwn yang terlalu rapat ni blh buat hidup complicated..
tu pada aku lah kan..
sebab setiap orang kan ada pendapat masing- masing kan...

tapi terus terang aku cakap, aku mmg tak ramai kawan perempuan...
yang ramai nya kawan lelaki..
aku pun tak tahu kenapa..
maybe sebab aku macam lelaki sikit kot..
sebab kalau tengok dekat keperibadian dan latar belakang hidup aku pun, sekeliling aku mmg ramai lelaki..
maybe sebab tu aku lagi suka kawan dengan lelaki...
lagi pun kawan lelaki ni senang..
kalau kawan perempuan ni ala complicated sikit la..
mcm2 hal kalau kawan perempuan ni..
nama pun perempuan kan...

tapi tu la korang, masalahnya satu je bila kawan dengan yang berlainan jenis ni..
bila kita mmg anggap dia kawan biasa, dia pulak anggap kita kawan yg istimewa..
tapi bila kita anggap dia mcm kawan istimewa lebih sikit, dia pulak anggap kita kwn biasa..
tu je la satu masalahnya..

sebab tu sekarang aku kalau nak berkawan, aku tanam niat dalam2 dulu..
niat berkawan mmg hanya untuk berkawan...
tak da niat lain..
sbb nya aku ni jenis cepat jatuh hati dekat org yg ambil berat pasal aku..

tapi yela pengalaman mematang kan kita kan..
sebab tu sekarang mmg aku kawan je dengan semua org..
taknak lebih2.
takut weyh..
hehe.
dah mcm cite seram pulak ea...
haha..

sori korang sebenarnya aku tengah stress ni..
bosan + stress melanda..
nak habis praktikal cepat tapi sistem tak siap2 lagi...
blh jd depression tau..
depression la sgt ya.
hehe...

oklah korang nak sambung buat report LI ni..
rasanya aku dah dapat idea dah nak ngarang ayat..
jaga diri korang..
jgn stress yo..
hehe

*ha lagi satu. kenapa ramai kwn aku tak percaya yg aku drive pergi praktikal. nampak muka aku ni macam takut drive kereta ke. pelik aku. -_-

Assalamualaikum..

sincerely,
Anon Hidayah

5 November 2014

Biasanya berdiri seorang lelaki dekat belakang dia siapa yang berdiri?

Assalamualaikum..

hye korang..
hari ini aku nak bincang sikit pasal "siapa yang selalu ada di belakangnnya apabila berdirinya seorang lelaki "..
nak tahu tak mcmae boleh terdetik tajuk ni??
sebab semalam aku ada tengok satu variety show ni...
The Return of Superman..
mmg superb la yang episod aku tengok ni..
seorang ibu dan seorang isteri terus dan terus menyokong anak dan suami nya sehingga lelaki tu berjaya..

isteri dia sampai nangis-nangis tau..
aku punterikut nangis sekali..
huhu..

ok lah nak di jadikan cerita la kan...
sebenarnya siapapun kita yang sekarang..
walau berjaya mcmane pun kita sekarang...
dekat belakang kita pasti akan ada seseoran atau maybe lebih dari seseorang yang akan
sentiasa ada di belakang kita...

tak kira la samada lelaki ataupun perempuan..
sebab mcm aku pun, siapa aku sekarang ni, dekat belakang aku ada mak ayah..
mak dgn ayah aku la yang banyak bagi semangat dekat aku masa aku kecundang dulu..
mak dgn ayah la yang selalu tak pernah penat sokong aku untuk aku terus berjaya..
tanpa mak dgn ayah, aku tak rasa aku boleh jadi mcm sekarang...

tapi mcm lelaki pulak..
biasanya org akan cakap "naiknya lelaki sebab perempuan dan jatuhnya lelaki pun sebab perempuan"
betul tak???
hehe...

lelaki dari sejak azali lagi dah di pertanggungjawab kan untuk jaga dan lindungi wanita..
sebab tu la walaupun seorang lelaki tu dah berkahwin, dia tetap kena patuh taat pada ibu bapa dia...
syurga di bawah tapak kaki ibu..
korang pernah dengar tak??
mesti la pernah kan..

jadi sebelum berdiri dan naik nya seorang lelaki untuk berjaya..
perempuan pertama akan berdiri belakang dia adalah ibu, mummy, umi, mama, mak atau mcm2 lagi la...
yang kedua adalah isteri dia..
selepas ibu, isteri la yang akan lalui susah senang bersama si lelaki..
jatuh bangun lelaki lepas kahwin biasanya seorang akan isteri akan sentiasa bersama dgn dia..
untuk beri semangat dan dorongan untuk si lelaki ni bangun balik...

jadi bagi yang nak berkahwin tu terutama yang bakal bergelar isteri, siapa pun suami anda,
berIlah dia semangat dan dorongan..
walau jahat mana pun dia, cuba lah bantu dia agar pulang ke pangkal jalan..
dalam islam pun ada cakap "SYURGA ISTERI TERLETAK DI BAWAH TELAPAK KAKI SUAMI, ISTERI KENA DENGAR CAKAP SUAMI TETAPI APABILA SI SUAMI BUAT SILAP DAN SALA TEGUR LAH SI SUAMI"

so sebagai isteri tak salah kita nak tegur suami..
suami pun manusia..
ada buat silap..
manusia tak sempurna..

oklah..
bye bye korang..


*ha lupa pulak.. nak ucapkan dekat mak dgn ayah sebenarnya.. HAPPY ANNIVERSARY  yang ke-23 buat mak dgn ayah..hehe.. terlupa pulak ya..huhu.. semoga ikatan perkahwinan mak dgn ayah berkekalan sehingga syurga..amin..


Assalamualaikum..

yang benar,
Anon Hidayah.

4 November 2014

Pengalaman.

Assalamualaikum...

hye korang...

korang sihat?
aku kurang sihat sikit la..
semalam kena cabut gigi lepas tu ada pendarahan pulak tu..
sedih ni...
tapi tak pe itu kan satu pengalaman kan..
ea mcm tajuk dekat atas la...
hehe..

sebenarnya memang nak cerita pasal pengalaman pun..
hehe..

daripada pengalaman kita belajar...
daripada pengalaman kita jadikan pengajaran..
daripada pengalaman kita tahu benda tu salah..
daripada pengalaman kita kenal dan tahu mengenai sesuatu..
daripada pengalaman kita jadikan dia jurang dalam hidup..
daripada pengalaman juga kita taknak sesuatu yang dah terjadi tu terjadi semula..

banyak kan..
memang banyak..
sebab pengalaman la yang banyak membantu kita dalam kehidupan...
ada pengalamann pahit..
ada pengalaman manis...
ada pengalaman masam..
ea ada ke  pengalaman masam??
hehe..

setiap perkara yang dah berlaku tu kita jadi kan memori dan kenangan..
dari situ la datangnya pengalaman..
kita takkan terlepas daripada dapat pengalaman..
setiap orang akan merasai apa itu pengalaman...
apa  rasa pengalaman tu orang alami je yang tahu dan faham...

kadang - kadang dalam hidup seseorang tu..
pengalaman pahit lebih banyak daripada pengalaman manis...
tapi ada pula yang pengalaman manis lebih banyak daripada pengalaman pahit...
setiap orang lain kan...

yang penting daripad pengalaman tu kita jadikan tauladan untuk masa hadapan..
wallahualam..

oklah korang nak sambung buat keje ni..
ni menaip pun sbbb dapat idea..
dengan nak digest kan makanan.almaklum la baru lepas breakfast..
hehehe...

bye korang...

Assalamualaikum...


Sincerely,
Anon Hidayah./.

2 November 2014

Kedegilan atau kenakalan atau kebaikan atau kejahatan?

Assalmualaikum,


hye korang...
korang sihat??
aku dekat sini sihat alhamdulillah...

oklah berbalik kepada tajuk kita ya..
kenapa aku pilih tajuk macam tu?
kalau tak da sebab mesti tak danya aku nak buat entry ni kan..
kan kan kan???
hehe

hati ini sebenarnya dah lama terdetik nak buat entry ni..
tapi baru sekarang dapat tunaikan niat di hati ni..
hehe...
almaklum la aku kan busy mengalalh kan PM la katakan..
haha..
gurau je ya korang....
hehe..


aku ni nak kata degil tak ada la degil mana..
nakal pun tak la nakal sgt..
kalau baik tu lagi la.. tak ada lah baik sangat kan..
jahat pun kdg2 je bila degil+nakal aku datang masa tu la jahataku sampai..
hahaha..
bahayakan kalau org ang kawan dengan aku ni..
asyik kena bahan je..
hehe


kalau kita tengok lah kan..
definisi kedegilan adalah "tabiat tidak mau menuruti nasihat orang; ketegaran;"...
kenakalan pula adalah "sifat nakal; perbuatan nakal; tingkah laku secara ringan yg menyalahi norma yg berlaku dl suatu masyarakat;"...
kejahatan pula adalah "perilaku yg bertentangan dng nilai dan norma yg berlaku yg telah disahkan oleh hukum tertulis;"..


aku sendiri baru tahu yang nakal tu tak sama dengan degil..
hehe..
selama ni aku ingat degil tu sama dengan nakal.
rupanya lain...
tu lah suruh belajar dulu masa subjek BM dulu dekat sekolah main-main ni la padah nya..
hehe...

maknanya kalau kita degil, lama-lama akan jadi nakal..

lepas tu akan jadi jahat..
bahaya kan..

dulu aku memang sangat-sangat nakal..

apa yang aku buat jahat memang rasanya tak semua org tahu..
tapi sekrang alhamdulillah la kan..
sempat berubah..
sempat sedar dan insaf daripada kesilapan lama..

semua org akan buat kesilapan...

tapi satu je, kalau dah di beri peluang untk tebus kesilapan tu..
jangan sesekali ulang lagi kesilapan tu..
peluang kedua tak sama mcm peluang pertama...


oklah korang aku ada kerja nak buat sikit..

nanti kalau tiba - tiba terdetik untuk aku update entry aku update la ya...
hehe..

kalau kita tengok dekat sini maksud degil, nakal dengan jahat tu lain..
dekat sini bermakna nakal tu lebih teruk sikit dari degil...

kalau ikut pengalaman aku..
Semua manusia tak sempurna kan..
bye bye...
 Assalamualaikum..


sekian terima kasih..


sincerely by,
Anon Hidayah.

15 October 2014

COPY AND PASTE

Assalamualaikum...

hye korang..
buat apa tu??
sihat tak??
kalau tak sihat pergi klinik ya korang..
hehe...

aku dekat sini alhamdulillah sihat cuma dekat pergelangan tangan dgn bahu ada injured sikit..
oklah berbalik pada tajuk ya..
'COPY AND PASTE'..

kalau bahasa kasar yang biasa aku guna 'MENIRU'..
korang tahu kan meniru tu salah..
tapi tak salah kalau setakat korang nak jadikan sebagai sumber rujukan..
cuma berpada-pada la sebelum di cop sebagai peniru..

nak tahu tak apa sebab tiba-tiba aku boleh timbulkan tajuk ni?
sebab nya ada orang dah copy paste identiti, personaliti dan cara aku...
mula-mula tengok aku ingat kan kebetulan..
tapi bila lama-lama..
emmm...
macam pelik kalau nak cakap kebetulan..

sebab semua yang dia buat semuanya aku dah buat..
dan benda tu mmg aku buat..
like seriously..
perlu ke kau nak buat mcm tu...
kau kan identiti sendiri..
buat lah sesuatu dengan cara kau sendiri..

1st benda yang aku perasaan adalah pasal inai..
2nd pasal cermin mata..
3rd baju...
yang baju tu mmg hampir tiap2 hari warna sama..
aku pun rasa dah naik annoying dah..
4th pasal botol air..
what the h*ll kau nak beli botol yang sama lebih kurang mcm aku..
colour sama kot..
jenis pun sama..
sh*t seyh budak ni...
sekarang pulak pasal green tea..
aku memang selalu bawak air green tea tu..
tapi dalam hati aku, perlu ke kau nak bwk jugak...
huh..
susah ada org copy cat..

ada jugak yang nak ikut cara aku...
apa seyh..
tak ada benda lain ke yang kau nak buat selain dari copy aku...
sekarang aku dah tak bawak botol aku..
alasan aku bagi botol aku retak..
padahal tak...
lepas ni kena beli botol baru...
pergh parah budak ni...

kau beli yang kau suka da la..
kenapa nak sama dengan aku...

sebelum ni dia ada cakap dgn aku yang dia jealous dengan  kematangan sorang budak dkt tempat intern kitorg...
perlu ke kau nak jealous??
benda tu kan ikut diri masing-masing...
 apa-apa je la makcik..

tapi satu je lepas ni aku tukar barang2 aku agar tak sama dengan kau..
aku anak sulung dan aku jugak anak tunggal perempuan jadi aku mmg tak suka berkongsi..
sorry ya kak.

-_________________________________________-


sekian terima kasih.

yang benar,
Anon Hidayah.


29 September 2014

Mencipta kenangan dan memori baru.

Assalamualaikum..

hye korang..

korang sihat??
dah lama kita tak update blog.
almaklumla ada busy sikit sbb dah dapat project untuk bina sistem la.
huhu.

ok lah hari ini kita nak cerita mengenai yang mcm berkaitan dengan tajuk dekat atas tu..
MENCIPTA KENANGAN DAN MEMORI BARU..
sempoi tak?? hehe..

sepanjang  praktikal ni aku cuba mencipta beberapa memori yang mungkin boleh menjadi salah satu sejarah dalam hidup aku..
alhamdulillah semua staff dgn student praktikal dekat sini baik-baik semuanya..

dekat sini staff dia semua sekali ada 16 orang termasuk la aku punya supervisor dgn senior iaitu kak farid, kak asnah, ika, wani, kak zara, nora, kak fizah, kak norlie, kak faizah, kak rizs, cik faizal, man, abg hazli, abg sahar, cik rahmat, tuan haji yazid,abg amir, dan last but not least abg din yang memang suka belanja kitorg sarapan dekat pantry.

untuk yang budak praktikal pulak kalau termasuk aku ada la dalam 5 orang iaitu salwa (classmate aku dkt utm), fara, nadiah dan zul.

buat masa aku belum menyesal lagi la sebab mintak praktikal dekat SPAJ ni.
staff2 dia mmg ok..
buat kerja pun tak stress sgt..
balik pun pukul 5 kan..

tapi tu lah bila dah best mcm ni takut je nanti kalau dah nak habis rasa mcm sayang je nak tggl kan SPAJ ni..
nanti lepas ni sorang2 akan habis praktikal..
mula-mula fara, lepas tu zul, lepas tu aku dgn salwa then last sekali baru nadiah.
mesti sedih kan.
dekat kelas takkan dapat suasana yang mcm ni..
almaklumla kelas kitorg kan 28 org jadi ada yang tabiatnya lain mcm sikit..
hehe...

aku harap bila habis praktikal ni aku dapt timba pengalaman yang berharga..
mak selalu pesan pergi tempat org jaga diri, jaga perlakuan, jaga semuanya la..
mak aku ni risau shgt dgn aku..
hehe..

all the best korang yang tengah praktikal tu..
terutamanya classmates aku yang selalu mengadu project diorg susah la, tiap mggu ada test la..
sabar ya korang. kejap je tu..
insyaAllah dalam setipa yg berlaku ada hikmah nya kan  korang..

ok lah aku nak sambung buat gabung interface dgn databse ni..
bye bye korang..

sekian terima kasih.

sincerely by,
Anon Hidayah

28 August 2014

UTM Kesayangan. (kesayangan la sangat ya).

Assalamualaikum..

hye korang..
korang sihat??
dah lama tak update blog..
rindu tak dgn aku? hehe


bermula dari 1 September 2014 ni aku dah mula praktikal dekat kota iskandar..
nervous woi..
tak tahu la apa yg kena buat masa praktikal tu..
ni pun tgh cuba untuk study balik pasal php, java, xampp, css dan yg sama keluarga la tu..
yang paling aku takut sekali adalah DATABASE.
masa aku amek subjek database dulu pun dapat c ke b je tahu..
masak la aku kalau kena handle database nanti..
tapi harap-harap tak la. huhu...

ni sekarang aku dekat UTM..
kena masuk awal..
sepatutnya untuk pelajar kanan kena masuk 5&6 September ni..
macam2 hal yg berlaku sepanjang nak amek kunci bilik awal tahu..
akhirnya dapat jugak amek..
kalau tak mmg merempat la cik Salwa kita. hehe..
jangan marah ya salwa. hehe

ha lagi satu nak selitkan sesuatu ni..
hari tu ada orang tu kan lebih kurang mcm buat confession la. hehe
sebelum ni tak berani nak bg tahu kita dalam bahasa melayu..
dia selalu hantar text dalam bahasa korea mentang-mentang la pandai korea kan..hehe..
tapi aku tak mengalah.. aku hantar pulak dalam bahasa perancis..
cewah.. padahal pandai basic je.. huhu..
then hari tu keluar la bahasa melayu dia..
ingat dah tak reti dah nak tulis dalam bahasa melayu kan.. hehe..
apa2 je la nak. hehe

ok lah korang..
aku nak merehatkan badan yang dari tadi pagi tak dpt nak rehat sbb hari ni bz mengalahkan menteri. huhu..
bye korang nanti kalau ada masa ke gossip best ke aku update dekat sini lagi ya..
selamat malam korang..

Assalamualaikum..

sekian terima kasih.

Yang Benar,
Anon Hidayah.

5 July 2014

13 jam A380

Assalamualaikum...

Hye korang..

Alhamdulillah hari ni dah hari ke-7 umat islam seluruh dunia berpuasa.
Ha korang puasa tak?
Ke puasa yang yang yok pagi pagi bukak periuk??
Hehe..
Gurau je tau..

Korang pernah dengar tak pasal novel 13 jam A380??
Best tau novel ni.
Isi kandungan dia subahannallah boleh buat hati yang membaca tu tersentuh..
Kebanyakan novel isi kandungan dia berkisarkan kisah cinta, keluarga, harta tu semua kan..
13 jam A380 ni memang ada kena mengena dgn cinta, keluarga, harta tapi di sebalik tu jugak ada terselit kata-kata hikmah, ayat-ayat alquran..

Bila aku baca buku ni hati tiba-tiba mcm terus cakap "jahil nya aku selama ni. Aku nak mencari kebahagiaan dunia tapi kebahagiaan akhirat aku abaikan. Cinta yang aku cari selama ni cuma cinta biasa yang dtg dari hawa nafsu rupanya."..
Masa tu aku terus terfikir apa yang sebenarnya yang aku nak..
Aku memang sejak lahir lagi menjadi seorang hamba yang beragama Islam..
Tapi bila difikir balik macam cuma islam pada nama..
Betapa lalai nya aku..
Betapa jahil nya aku...

Bila baca novel ni baru aku sedar..
Ya Allah kau ampunkan lah dosa hamba Mu ini...

Dalam novel ni banyak kata-kata nasihat..
Kata-kata nasihat yang bila aku baca aku sendiri boleh menitik air mata..

Jalan cerita dalam novel ni pun lebih kurang macam jalan cerita hidup aku..
Mengejar yang tak pasti..
Tapi sekurang kurangnya dalam novel ni watak utama dah jumpa apa yang pasti..
Aku ni tak nampak bayang nya..
InsyaAllah mungkin suatu hari nanti..
Hehe..

Daripada novel ni aku ambil iktibar dan pengajaran..
Daripada novel ni aku sedar kesilapan aku selama ni..
Daripada novel ni jgk aku akan belajar utk membuat istikharah dan solat hajat selalu untuk Allah berikan aku petunjuk..
InsyaAllah..
Mudah mudahan..

Nanti korang try la baca ya..

Bye bye korang..
Sampai sini je hari ni..

Sekian terima kasih..

Assalamualaikum..

Sincerely,
Anon Hidayah

2 July 2014

Perasaan.

Assalamualaikum..

hye korang..
korang sihat??
puasa hari ni ok tak??
kalau sihat dan ok puasa hari ni alhamdulillah la. hehe

oklah berbalik kepada tajuk..
PERASAAN.
secara umum rasa nya semua orang tahu kan apa itu makna perasaan..
orang yang tak ada perasaan je kot yang tak tahu apa itu perasaan..
hehe..
memain je..

pada aku perasaan itu adalah sesuatu yang kita tak dapat nak ucap..
sesuatu yang kita dapat rasa tapi tak dapat nak ditafsir dengan kata-kata...
susah nak di gambarkan perasaan yang sedang di alami seseorang..
sebab ada sesetengah orang pandai sembunyi perasaan dia..
ada sesetengah orang pulak memang suka berterus terang dan biar orang lain tahu apa perasaan dia..

pada aku..
aku jenis yang pandai mengelak untuk orang tahu apa perasaan aku..
tapi kadang-kadang terlepas jugak..

bila sedih aku lebih suka diam tak pun cuba tengok movie dan cuba untuk senyum selagi boleh..
bila gembira aku akan senyum..
bila tengah marah aku akan automatik diam..
bila ada satu perasaan ganjil (perasaan syg kot, tak tahu la apa) aku jenis suka buat tak tahu je..

apa yang boleh di katakan dekat sini semua orang akan dapat rasa semua perasaan ni kan..
tapi setiap orang ada cara tersendiri untuk kawal perasaan dia.
aku pun ada cara aku sendiri..
macam dalam blog ni..
semua yang aku cerita dan olah ayat-ayat dalam blog ni semua yang berlaku dalam dunia aku, dekat keadaan sekeliling aku..

nak buat mcmane kan..
ni je cara nya..
takkan aku nak nangis depan orang lain..
yang aku boleh buat ialah menaip dan bercerita balik dekat dalam blog ni..

(perasaan terhadap seseorang.
ada.
tapi diam je.
tak tunjuk sangat.
kenapa boleh ada perasaan ni?
sebab aku nak buang yang lama.
aku taknak berada di takuk lama.
walaupun dalam diri ada satu suara kuat cakap "tak akan ada siapa boleh terima kau"
biarlah.
tak apa aku diam je.
hehe.
yang penting aku ok je sekarang. hehe)


bye bye korang.

sekian terima kasih.

Assalamualaikum

sincerely,
Anon Hidayah

29 June 2014

Senyuman

Assalamualaikum.
hye korang.

dah lama tak update blog sebenarnya. huhu
sejak dua menja ni busy sikit..
mana tak nya hari tu hampir setiap hari full untuk siapkan projects dgn ada final exam..
sem ni buat pertama kalinya kitorang satu kelas (tak satu kelas sgt la tapi hampir separuh kelas) berkampung untuk siapkan projects..
dahsyat kan. hehe

oklah berbalik kepada tajuk.
pada korang apa itu senyuman?
kalau pada aku senyum tu adalah satu ukiran di bibir secara fizikal nya yg orang lain boleh nampak..
tapi korang pernah terfikir tak senyuman yang terukir di hati?
pernah tak kadang-kadang korang rasa hati korang tengah senyum?
mesti ada punya kan. hehe

seriously aku cakap dulu aku lah manusia yang paling susah nak senyum..
aku pun tak tahu kenapa..
maybe masa tu lain kot.. apa yg lain pun tak tahulah. hehe
tapi sekarang alhamdulillah..
senyuman tu sentiasa melekat dekat bibir..
bak kata orang :SENYUMAN ITU SATU SEDEKAH".
tak rugi pun kan kalau kita senyum..
tak kena bayar pun. hehe

ada beberapa perkara yang boleh buat aku senyum..
bila tengok emak ayah dgn adik2 pun aku dah boleh senyum..
bila tengok keletah budak-budak kelas pun aku dah boleh senyum..
bila melayan kan si adik sepupu kesayangan budak annoying si syahirah tu pun aku dah boleh senyum..

tapi benda yang paling buat senyuman aku terukir dari bibir sampai ke hati bila aku melayan adik2 aku..
masa tu memang hati rasa berbunga-bunga..
hehe

tapi ada satu lagi..
bila ada org yang boleh terima kita.
siapa je yang tak bahagia kan bila ada org terima dia seadanya.
ya dak.
yang tu aku belum jumpa kot. hehe
insyaAllah belum masanya lagi.
walaupun ada tapi disebabkan takut. aku buat tak tahu je.
senyum je macam biasakan. hehe

tapi walau apa pun aku tetap akan senyum samada dalam keadaan gembira atau pun sedih..
bila sedih kalau kita senyum insyaAllah walau tak semua perit tu hilang tapi rasa lega sikit.
kalau tak boleh jugakk cuba try tengok running man..
confirm punya la senyum. bukan senyum je gelak semua ada lah. hehe
gurau je ya. hehe

jadi lepas ni cuba korang try senyum..
mesti comel punya. bertambah comel, cantik, kacak dan manis lagi. hehe

oklah korang sampai sini je ya nanti kalau ada masa ada idea insyaAllah ter'update' la blog ni. hehe..

ea sebelum tu lupa nak ucap.
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK ya korang..
sekejap je masa berlalu kan.


Assalamualaikum.

sincerely,
Anon Hidayah

5 May 2014

PSM ohhhhh PSM

Assalamualaikum...

hye korang..

agak-agak korang la kan apa tu PSM?? hehe
mesti korang pelik kan..
PSM tu sebenarnya ialah Final Year Project (FYP)..
err yang maksud PSM tu jangan tanya ya sebab aku tak ingat apa maksud dia.. huhu

now, i'm in 3rd year...
dan tahun depan adalah tahun terakhir aku deakt UTM..
PSM ni lah benda yang paling susah...
sebenarnya senang je..
tapi di sebab kan sikap malas membaca aku ni lah report PSM aku untuk PSM1 tak siap lagi..
rasa mcm nak nangis tapi tak boleh sebab aku rasa tak ada sebab untuk nangis..

aku rasa mcm nak tukar course pun ada..
aku ni lebih kurang macam kepala matematik sikit..
mungkin sebab tu kurang minat membaca kot..
mana tak nya..
bila baca research paper yang aku cari tu..
dia punya term tu rasa macam nak kena beli dictionary for computer science in bioinformatic punya tahu..

tapi nak taknak kena mengadap jugak lah kan..
sebab bila di tengok balik nasib aku kira ok lah sebab dapat supervisor yang memahami..
Dr zuraini banyak tolong aku, azhar dengan lan..
maybe sebab we all je yang bawah dia..

kalau u all tengok tajuk research aku, confirm rasa mcm senang nak paham..
sebab memang senang nak paham pun..
aku kalau boleh memang taknak benda yang susah..
sebab bila susah memang payah unutk aku hadam..

aku ni memang kaki programming..
tapi disebabkan dah lama tak push diri sendiri memerah otak untuk buat satu program..
ni la hasil nya..
semua benda aku lupa..
aku dah diberi pilihan either use weka or  python or matlab or C++.
c++tu la pilihan terakhir..
bila supervisor aku cakap boleh guna c++..
aku senyum punya la lebar.. hehe

jadi kesimpulannya deakt sini, korang kan kalau nak buat keje jgn jadi mcm aku tau..
sebab aku suka buat keje last minute..
lepas tu menggelabah..hehe

oklah korang nak sambung mengarang ayat untuk PSM ni..
bye korang..

Assalamualaikum..

sekian terima kasih.

sincerely,
Anon Hidayah

3 May 2014

Jodoh?

Assalamualaikum..

hye korang..

agak-agak korang tahu tak siapa jodoh korang??
mestilah tak tahu kan.. hehe

tapi kita dapat rasa kalau dia jodoh kita..
orang cakap la..
sebab aku ada terbaca dekat satu website ni..

"10 PETANDA DIA JODOH KITA"

emm.. bunyi macam menarikkan..
actually, daripada 10 tu aku cuma dapat rasakan sekejap je petanda yang ada..
seriously memang sekejap..
aku pun confuse tak tahu kenapa..
tapi Allah tu Maha mengetahui kan..

sebelum ni aku pernah buat solat istikharah..
dan memang aku ada dapat petunjuk..
tapi petunjuk tu samar-samar..
aku tak pasti apa makna petunjuk tu sebenarnya..

dalam petunjuk tu aku didatangi seorang hamba Allah of course la yg aku sebut nama dia dalam doa aku kan.. huhu
tapi dalam petunjuk tu dia cuma berdiri pandang aku..
memang tu je yg aku dapat..
untuk pengetahuan korang, hamba Allah yang aku mimpi tu memang aku dengan dia dah jarang contact..
aku pun selalu nampak dia dekat fb je..
tapi rasa dia pun macam belum berpunya..
tapi tak tahu la kan.. hehe

kesimpulannya dekat sini jangan terlalu mengharap..
apa pun yang ada petunjuk tu kalau dia jodoh aku insyaAllah kitorang akan di satukan..
kalau bukan mungkin jodoh aku dengan orang lain..

pasal solat istikharah ni aku belum pernah cerita dekat siapa-siapa lagi..
dengan mak aku pun tak pernah lagi..
insyaAllah nanti kot baru aku cerita dekat emak.. hehe

oklah dekat bawah ni ada 10 petanda yang korang boleh rujuk. aku amek dari ikahwin.

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

ok bye korang..

sekian terima kasih.

sincerely,
Anon Hidayah

1 May 2014

Side yang orang lain tak pernah tahu.

Assalamualaikum..

hye korang..

mcm tajuk dekat atas tu kan, korang pernah tak ada one side yang memang orang lain tak tahu...
bunyi macam ada 2 personaliti..
tapi pada aku macam bukan..

oklah nak cerita ni..
sebenarnya tak semua orang kenal aku siapa..
tak semua tahu my life macamane...
tak semua orang tahu aku ni jenis yang macamane..
lain la kalau orang tu jenis yang boleh baca orang kan..

aku rasa semua kawan-kawan aku memang belum kenal lagi aku sepenuhnya..
ya memang diorang tak kenal lagi...

family aku pun kurang kenal dengan aku...
tak dapat dinafikan everyone has different life..
dan tak dapat dinafikan bukan semua orang pernah lalui zaman gelap..

aku bukan nak bangga atau nak aibkan diri aku..
tapi sejujurnya zaman gelap aku tu lah one side yang orang lain tak pernah tahu..
zaman gelap tu juga zaman kedegilan aku..
zaman yang bila aku fikir balik sekarang betapa menyesalnya aku...

aku cerita dekat sini sebab aku nak orang lain buat pengajaran..
aku taknak orang lain jadi macam aku..
bila nasi dah jadu bubur barulah nak menyesal..

kalau di imbas balik sebelum ni dengan aku yang sekarang memang sangat-sangat berbeza..
aku pun selalu fikir kenapalah aku boleh jadi macam tu..

tapi untuk pengetahuan semua, aku dah tak hidup lagi dalam sejarah yang lepas..
aku yang present ni adalah aku yang cuba menjadi seorang insan yang berguna..
cuma yang lepas tu aku jadikan pengalaman dan tauladan untuk masa depan..

aku tahu kalau orang lain dengar memang confirm orang akan pandang serong dekat aku..
tapi aku tak ada hak nak buat orang lain terima aku..
yang aku nak cuma orang lain boleh terima aku dengan siapa aku..

aku yang dulu tu dah lama tak ada..
yang ada cuma aku sekarang..

aku cuba maju ke depan dengan semangat yang baru..
ya bukan mudah untuk berubah kan..
aku pernah post moment dekat wechat..
SENANG NAK BERUBAH JADI JAHAT TAPI NAK BERUBAH JADI BAIK TULAH YANG SUSAH.SEBAB KALAU BERUBAH JADI BAIK DENGAN SEKELIP MATA SINCERITY UNTUK BERUBAH ZERO DAN PELUANG UNTUK JADI JAHAT BALIK TU AMAT CERAH.

ya. sebab tu aku berubah sedikit demi sedikit..
ambil masa juga..
sebab dalam proses berubah tu aku selalu terfikir pasal masa depan aku..
masa depan family aku..

sebab tu aku taknak orang lain jadi macam aku..
kalau aku boleh tolong untuk elakkan diorang dari terjebak macam aku memang aku akan cuba sedaya upaya untuk tolong..

oklah mata pun dah mengantuk.. hehe.
mana yang salah tu mintak maaf ya..
 sekian terima kasih.

sincerely,
Anon Hidayah

23 April 2014

Assalamualaikum..

hye semua...

malam ni ada re-test skill based exam tapi sempat lagi nak menulis blog...
blog ni dah jadi macam tempat kita luahkan perasaan..
bila sedih, down, kecewa, tak puas hati, puttus asa semuanya ada dalam blog ni...
tapi tak lupa juga sebaik baik tempat mengadu adalah pada Pencipta kita..

memang akan ada yang pelik..
kenapa nak luahkan dekat blog..
kenapa tak cuba cerita dekat seseorang..

sebenarnya bukan senang untuk cerita masalah kita dekat orang lain...
kita kena consider jugak pasal orang lain ye dak..
hehe..

jadi salah satu jalan penyelesaiannya adalah menulis dekat blog..
bila dapat menaip luahkan apa yang terbuku dekat hati ni memang akan rasa lega..
dah pernah cuba untuk simpan je..
tapi tak boleh..
pernah jugak nak cuba share dengan mak kita pun tak boleh..
sebab kita taknak mak kita tahu yang anak dia ni tengah sedih..
tapi rasanya emak kita memang dah dapat agak apa yang ada dalam hati kita...

semua orang ada masalah kan..
tak ada manusia yang tak ada masalah..
cuma yang membezakan dia cuma masalah besar atau kecil..
tu je..

bukan senang nak mengukir senyuman dekat bibir bila tengah di landa badai..
cewah.. hehe..
tapi mencuba juga kuat kan diri untuk senyum...
walaupun kadang-kadang memang tak boleh nak senyum langsung...
yang tu memang betul-betul parah la...
hehe..

kalau diikutkan, sebenarnya banyak benda yang bermain dalam fikiran dengan hati..
even kadang-kadang cerita dengan emak..
tapi ada yang sesetengah tu tak dapat nak cerita..
cuma Allah je yang tahu apa yang kita tengah fikirkan dan apa yang dalam hati kita..

sekarang tengah belajar untuk menjadi seorang yang sempoi yang tak kisah..
cuba iuntuk menjadai kuat dan senang memaafkan orang lain..
ya kita mencuba..
cuba untuk menjadi seorang yang berfikiran positif..
tak salah kan kalau kita cuba sikit-sikit..
lama-lama nanti mesti dah biasa..

kalau nak tahu kita ni sebenarnya jenis yang agak perahsia..
agaknya la kot. hehe

oklah nak sambung study balik..

sekian terima kasih..

sincerely,
Anon Hidayah

15 April 2014

SERIK ATAU MEMANG TAKNAK

Dalam dunia ini siapa sahaja yang tidak mahu di cintai dan mencintai bukan..
semua orang ada keinginan untuk merasa mencintai seseorang dan di cintai seseorang..

Tetapi kehidupan setiap manusia dekat dunia ini tidak sama dan masing-masing mempunyai cerita dan kehidupan sendiri...

yang kacak semestinya hendak di gandingkan dengan yang cantik...
yang kurus semestinya hendak di gandingkan dengan yang kurus..
yang sempurna semestinya hendak di gandingkan dengan yang sempurna...
yang putih semestinya hendak di gandingkan dengan yang putih...

Tetapi bagaimanakah dengan yang kurang sempurna? kurang kacak? kurang cantik? berbadan besar? berkulit gelap?

Adakah mereka tidak boleh memiliki seseorang yang seperti mereka idamkan?

memang betul cinta tak boleh di paksa.. tetapi cinta boleh di bentuk.. bak kata orang-orang tua "tak kenal maka tak cinta"

mungkin setiap orang ada citarasa mereka sendiri..
ada yang tak kisah dengan paras rupa sebab mereka lebih memilih hati..
tetapi ada yang mementingkan paras rupa mungkin mereka mempunyai sebab tersendiri.. wallahualam..

dekat dalam dunia ini tak ada satu manusia pun yang sempurna..
tak ada seorang pun terlepas daripada mempunyai kekurangan..
dalam diri setiap manusia pasti akan memiliki kekurangan dan kelebihan..

mungkin ada yang memiliki badan kurus wajah cantik kacak tetapi mungkin dia mempunyai kekurangan yang lain..
mungkin juga ada yang memiliki rupa paras yang kurang sempurna badan yang agak comel tetapi mungkin dia mempunyai kelebihan yang tidak ada pada si kurus si cantik dan si kacak..

kita hidup saling memerlukan..
sebab itu bila berpasangan yang mempunyai kelebihan boleh menutup kelemahan pasangannya dan sebaliknya..

kenapa perlu menjadi racist?
salah ke kalau seseorang mempunyai rupa paras yang agak kurang sempurna?
salah ke kalau seseorang mempunyai bentuk badan yang agak besar?

bukan nak cakap yang si kurus si kacak dan si canti itu yang patut di salahkan..
tetapi terdapat sebahagian dari mereka yang mungkin kurang senang dengan kehadiran mereka yang kurang sempurna di dalam kalangan mereka...

ada juga yang mungkin pada mulanya "ya saya boleh terima awak dalam apa keadaaan sekali pun"..
tetapi lama kelamaan, "tak pe lah awak tinggalkan saya je. saya pun tak tahu kenapa saya boleh jadi lain"

HEY YOU!!!
kau ingat kau sempurna sangat ke ha...
(minta maaf ter'emo')

sebenarnya saya pun tak la sesempurna mana.. memang kadang-kadang teringin nak merasa di lindungi dan di terima seadanya..
but..
life is not easy babe...
dalam dunia sekarang, semua orang nak yang sempurna..
nak yang instant..

macam title yang dekat atas tu lah kan.. SERIK ATAU MEMANG TAKNAK..
sebenarnya serik dan memang taknak..

nak tahu kenapa????
sebab pengalaman mengajar kita segala-galanya...
kenangan manis di jadikan memori tetapi kenangan pahit dijadikan tauladan...

serik untuk terima penghuni baru dalam hati..
serik untuk terima janji-janji baru...
serik untuk dengar "ya saya boleh jaga awak. saya boleh support awak untuk awak berubah. saya boleh bantu awak untuk menjadi seorang yang berbadan kurus. saya boelh terima flaws awak. saya boleh bla bla bla bla"
macam-macam saya boleh yang ada..

sebenarnya memang teringin nak ada penghuni baru tapi bila tiba-tiba macam ada flashback..
cepat-cepat cakap pada diri sendiri "hidayah, kau nak ke jadi macam sebelum ni. di tabur dengan segala mcm janji yang diorang boleh terima kau. tetapi pada akhurnya diorang tak boleh terima kau hanya pada satu sebab kau tak ada badan macam model. lupakan aje la hidayah. mungkin belum tiba masanya untuk kau  di jumpakan dengan orang yang betul-betul boleh accept kau dengan seadanya luar dan dalam"

saya cuma seorang manusia biasa yang tidak lepas daripada melakukan kesilapan dan dari kesilapan tu lah saya cuba belajar untuk tidak mengulangi nya.
saya juga seorang manusia biasa yang tidak sempurna. saya bersyukur sebab parents saya telah selamat melahirkan saya dengan sempurna walaupun hidung saya pesek bulat, badan saya bulat kembang, mata sepet tapi saya bersyukur..
saya tahu tak ada orang yang akan boleh terima saya seperti family saya terima saya..

NUR HIDAYAH BINTI RUSLAN adalah tetap NUR HDAYAH BINTI RUSLAN..

walau seburuk mana pun saya, segemuk mana pun saya, kalau saya cantik masa muda, tapi bila tua nanti tetap akan berkedut jugak dan menggeleber jugak..

saya cuba untuk berubah untuk dapatkan keyakinan diri supaya saya dapat adapt dengan keadaan sekeliling...
saya berubah untuk kesihatan saya dan untuk emak dan ayah saya..

but i am proud because i have a big body..
dengan berbadan besar ni lah tak ada orang yang berani nak kacau..
dengan berbadan besar ni lah tak ada orang nak cemburu..
dengan berbadan besar ni lah saya boleh jadi anak yang serba boleh untuk emak dan ayah saya..

saya tak perlukan orang yang macam awak2 sekalian dalam hidup saya..
because i already have an awesome family and friends..

minta maaf kalau terluah perasaan dekat sini..
minta maaf kalau apa yang saya cakap tu salah..

tapi tu semua adalah kenyataan dan fakta..

sekian terima kasih..

sincerely,
Anon Hidayah.

7 April 2014

kawan masa gembira senang di cari tapi.... kawan masa susah? ada ke?

bercakap pasal kawan,
 kita memang akan ada ramai kawan contohnya macam kawan masa kecil,
kawan masa tadika,
kawan masa sekolah rendah, kawan sepermainan, macam-macam jenis kawan lagilah.
tapi pernah tak korang terfikir kawan masa kita susah?
 masa kita sedih?
masa kita perlukan untuk luahkan something ke mengadu ke?
ada tak?
kalau ada mungkin masa itu korang akan terfikirkan siapa agaknya di antara kawan-kawan korang yang akan ada masa korang tengah berada dalam waktu-waktu yang getir (err betul ke ejaan tu).
pada aku, memang tak silap memang aku ramai kawan tapi bila di kira balik kawan yang akan ada masa aku susah boleh di kira dengan jari.
bukan nak cakap kawan-kawan yang lain tu jahat atau sebaliknya. diorang tu baik jugak cuma maybe diorang tak rapat kot.
tapi seriously memang buat masa sekarang ni bila umur dah meningkat (maksudnya dah masuk area 20-an ya) kita akan dapat menilai mana kawan yang betul-betul ikhlas sudi untuk berkawan dengan kita.
ya memang betul. sebab aku dah banyak kali perhatikan. ada yang sesetengah tu berkawan sebab pandai. ada yang sesetengah tu sebab baik. ada yang sesetengah tu pulak sebab senang nak deal. tapi sebenarnya tak kisah pun. sebab yang penting diorang tak cuba ambil kesempatan.
cuma yang terkilannya ada yang sesetengah tu cuma datang dekat kita bila dia susah je.
tapi bila dia senang dia hilang macam tu. kadang-kadang rasa sedih juga. sebab dapat kawan yang macam tu. yela bila fikir balik maybe dia buat kita ni macam persinggahan kan. maybe la. tapi kita cuba untuk berfikir positif. yela ada orang tu ada yang dah ada BF dan ada yang ada GF.
kita ni yang single mingle terpaksalah membawa diri mengenang nasib. (sedih la sangatkan. haha)
cuma apa yang nak di tekankan dekat sini walau dengan siapa pun kita berkawan cubalah terima kawan kita tu seadanya sama dan serupa macamana kita nak terima pasangan kita (ceh berlagak macam kita ni ada pasangan je kan). sebab tak semua orang sempurna kan. masing-masing ada flaws dia sendiri.
akhir kata cubalah jadi seorang kawan yang sebaik mungkin tak kira lelaki ataupun perempuan. tak rugi pun kalau kita buat baik dan jaga hati kawan kita kan. bila bercakap tu cuba kalis-kalis jangan main cakap je. hehe. INGAT LIDAH ITU LEBIH TAJAM DARI MATA PEDANG YA KAWAN-KAWAN.

Sekian Terima Kasih.

Sincerely,
Anon Hidayah.

*agak kalau salah minta maaf ya sebab ni di atas pengalaman sendiri. kita pun still belajar untuk mengenal dunia. hehe

Be A New Person.

Assalamualaikum. hye.. sebenarnya dah agak lama tak buka blog. ni pun kita baru saja buka balik. yang post-post lama semua dah delete due to some reason. actually i open back this blog because i want to share about my feeling, life and peoples around me. i need a place where i can write and express what i feel and i think this is the best place that can help me to share with you people. Due to some circumstances, the old nur hidayah is gone and this is maybe the new one. i hope so.

in my old life i am trying to be a nice girl and good girl but sometimes peoples do not appreciate it. then now everyone has to accept me as new nur hidayah.

in my life there are four peoples that can accept as who i am not like others. they are my daddy, mummy and two of my little brothers. maybe sometimes we cannot expect what others will think about us. if i am wrong i am sorry, please feel free to get me right.

actually in my life i had met so many people from everywhere with different type of attitude, face, character, way and etc. from that experience i can make my life better than before. why? because sometimes experience can teach you how the real life is. i may not be perfect but i am trying to be the best for my family even if the others can't accept me it was okay i can understand it because i had make a decision which is i will not look back and i let it go.

BE THE ONE THAT YOU WANT BUT NOT THE OTHERS WANT.

SINCERELY,
Anon Hidayah.